? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, December 29, 2009

Jadual sem 6...:-)















**sgt2 suke jadual sem ni...
***klas bes..lecturer bes..sume bes la...
****Thank God...=)

Saturday, December 19, 2009

Untitled...

Assalamualaikum…

Angin sepoi-sepoi bahasa ditemani dengan suasana malam yang sunyi memberi idea kepadaku untuk menulis sedikit sebanyak bagi mengisi blog yang telah lama tidak diupdate ini. Sudah beberapa hari ku membiarkan blog ini. Bukan tiada mood untuk menulis tapi idea untuk menulis tiada. Kalau ada pun kadang-kadang tak terluah. Ku akui diri ini bukan dilahirkan sebagai seorang penulis. Bukan berjiwa penulis. Kadang-kadang ku cemburu dengan novelis-novelis yang menulis novel yang ku baca. Jalan cerita yang mudah difahami dan membuatkan pembaca tidak jemu-jemu membaca untuk mengetahui jalan cerita selanjutnya. Maklumlah, sejak akhir-akhir ini ku banyak manghabiskan masa dengan membaca novel di rumah. Novel yang baru saja selesai ku baca iaitu novel bertajuk “andai itu takdirnya”. Novel yang menceritakan tentang kehidupan sesorang wanita yang terpaksa meniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri, sebagai seorang isteri yang tabah menghadapi keegoan seorang suami, seorang ibu yang terpaksa berkorban demi kebahagiaan anaknya. Wanita yang amat mempertahankan maruah diri dan keluarganya. Wanita yang redha dengan apa yang telah ditakdirkan untuknya. Tersentuh membaca novel ini. Novel yang memberi seribu pengajaran dan keinsafan buat pembaca.

Jari rancak menekan keybod sambil mengimbau kembali detik suka dan duka sepanjang perjalananku bergelar seorang insan. Insan yang telah dianugerahkan buat mak ayah.Tiada apa yang mampu ditulis malam ini. Hanya mengingatkan kembali detik-detik pertama melangkah kaki ke universiti. Pengalaman yang ingin ku kongsi dengan pembaca sekalian. Disaat ini, hampir tiga tahun aku menongkah arus mencari ilmu di bumi UUM yang berada jauh di utara sana. Berada jauh dari keluarga membuatkan aku belajar untuk hidup berdikari. Terasa sekejap masa berlalu. Kini aku telah berada di tahun akhir pengajian. InsyaAllah…bulan 5 nanti aku akan menamatkan pengajianku di peringkat ijazah. Ada rezeki, kalau boleh aku ingin melanjutkan pengajianku di peringkat yag lebih tinggi. Berusahalah selagi ada peluang. Agama juga menuntut kita untuk mencari ilmu. Fardhu kifayah. Bab kata pepatah “tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad”. Biar kita tak kaya harta, asalkan kita kaya ilmu. Harta tak boleh menjamin apa-apa. Tapi jika ilmu penuh di dada. Diri kita akan sentiasa dipandu. Sebagai panduan buat kita dalam apa jua keadaan.

Terasa sedih disaat-saat akhir ingin menamatkan pengajian ini. Jika dulu, aku berasa tak sabar-sabar nak habis pengajian, tapi sekarang rasa sedih nak tingalkan bumi UUM tu. Tempat yang mengajar ku erti hidup. Tempat dimana aku melakar saat suka dan duka. Disana juga aku belajar erti persahabatan. Kawan-kawan yang banyak memberi semangat dan aku juga turut belajar tentang menghargai nilai persahabatan. Disana, kawan-kawan lah tempat aku bergantung. Mereka banyak memberi semangat kepadaku. Teringat lagi semasa di semester tiga, dugaan yang aku terima paling sukar dalam hidup. Masalah peribadi yang meruntuhkan semangatku. Hampir setiap hari aku menitiskan air mata. Sampaikan abang ku yang datang melawat ku menyedari perubahan ku. Jiwa jadi lemah ditambah pula ketika itu musim peperiksaan hampir tiba. Sampai di saat apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi ku pasrah segalanya apa yang berlaku. Hanya Allah saja yang tahu perasaan ku ketika itu. Naseb baik lah kawan-kawan sentiasa berada di sisi memberi kata-kata semangat kepada ku. Maka, dengan kewarasan akal fikiranku, aku berusaha menyelesaikan masalahku dengan sebaiknya. Alhamdullilah dengan semangat dan iltizam yang kuat, semuanya dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Bidang pentadbiran dan pengurusan yang ku belajar di sana memberi peluang padaku untuk mengenali bidang-bidang pentadbiran yang ada di negara-negara di seluruh dunia. Dari Malaysia hinggalah negara dunia ketiga aku cuba dalami. Pada asalnya, aku berasa sedikit terkilan mendapat kursus ini. Ini kerana kursus yang aku dapat ni tidak sama dengan apa yang aku pelajari semasa di metrik dulu. Sampaikan ada kawan-kawan yang bertanya kenapa aku memilih kos ini. Kenapa tak ambil kursus decision sains ke mathematic industry ke. Tapi bila aku berfikir balik, mungkin ini dah rezeki ku. Mana tau peluang pada masa hadapan akan lebih cerah. Di kelas, aku tak delah terkenal sangat. Ada orang cakap aku ni sombong. Penah suatu hari aku bertanya pada seorang kawan. Betul ke saya ni sombong??Kawan cakap “tak ada la. Bila dah kenal ngan suha ni ok je. Low profile orang nya.”ahh?? low profile…hehehe. Terkejut diri ini mendengar. Cume aku ni susah skit nak tegur orang. Bukan tak nak tegur tapi takut orang cakap aku ni mengada-ngada pula. Biar la apa orang nak cakap. Sombong ke apa ke. Yang penting kita pandai jaga diri. Pandai bawa haluan sendiri dan yang paling penting pandai memilih kawan. Jangan pilih kawan yang boleh merosakkan kita. Cari kawan yang boleh membimbing kita.

Alhamdullilah. Semasa berada di kolej aku berpeluang menganggotai jawatankuasa kolej. Hampir satu tahun iaitu selama 2 semester aku diberi kepercayaan untuk berada dibawah organisasi tersebut. Pada mulanya aku sukar untuk menerima tangunggjawab itu. Terasa berat nak pegang tangunggjawab ini memandangkan diri ini tidak mempunyai pengalaman dalam bidang kepimpinan ni. Takut-takut tangungjawab yang diberi tak mampu digalas. Akhirnya degan kata-kata semangat yang diberi olek kak Nurul merangkap mantan exco dulu, aku terasa lebih yakin. Akhirnya, aku menerima amanah yang diberikan. Sepanjang berada di bawah organisasi tersebut, aku telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Exco Biro Hal Ehwal Siswi. Tugasku adalah menyelaras program-program di bawah biro seperti program ceramah, bakti siswa dan sebagainya.Pada mulanya, aku terasa macam tak layak pegang jawatan ni. Yelah...bukan senang nak bimbing orang sedangkan diri ini pun masih lagi terumbang-ambing dan perlukan bimbingan. Namun,dari situ lah aku belajar. Jadi wanita. Baru ku tahu betapa tingginya martabat yang Islam letakkan pada wanita. Wanita…dalam kelembutan ada ketegasan. Wanita yang perlu menjaga maruah diri agar tidak tercemar. Sepanjang tempoh memegang jawatan ini, kak Nurul lah yang banyak memberi tunjuk ajar memandangkan die merupakan mantan exco bagi biro tersebut dan kak Nurul juga lah yang mencadangkan nama ku ketika waktu penamaan calon hari tuh. Thank kak Nurul..kerana memberi kepercayaan dan tunjuk ajar padaku. Dan tika saat ini, tempoh perkhidmatan ku telah berakhir. InsyaAllah..segala pengalaman dan ilmu yang diperolehi akan aku manfaatkan sebaiknya.

Bermula semester depan, rutin harianku telah berubah. Jika dulu, tamat je kelas aku akan ke pejabat membantu staf-staf membuat kerja pentadbiran kolej dan pada malamnya aku akan berkunjung ke bilik aktiviti JPM untuk bermesyuarat atau mengambil surat-surat yang berkaitan, kini tiada lagi tugas sebegitu. Bermula sem depan, aku akan fokus pada pelajaran disamping menguruskan urusan LI ku yang belum lagi selesai. Aku juga akan join aktiviti kolej tapi tak seaktif dulu. Jadi peserta ok jugak kan..tak de lah asik terperuk saja kat bilik..

Ok..setakat ini dulu yang mampu ku coretkan pada malam ini.InsyaAllah..di laen masa akan ku update lagi blog ini. Sekadar perkongsian...Akhir kata…Wasalam…

Saturday, December 12, 2009

Li??

Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia..(hehe..harus!..kami rakyat Malaysia inginkan perpaduan..ahaks**)

Actually, i am dilemma..pasal pe ye??..nak pilih tempat LI la..hehe..Semalam baru je tanye cosmate.sumenye dah confemkan tempat masing2.but me?still mencari and mencari.tu lah suha!memilih sangat...huhu.Klu dilihat bidang pentadbiran banyak je cabangnye..bleh je nk pilih company awam ke swasta tak kesah..Ingat kalu wat kt Terengganu ni nak je pilih Wisma Persekutuan or Kompleks Darul Iman.tapi try jgk survey private sector.ade yang syorkan suh buat kt KWSP or Maybank.Lecturer plak syorkan g Putrajaya je terus..ah??kt sane conferm peluang cerah.rama jugak cosmate yang pilih wat LI kat sane.tapi klu saye nk p buat kt sane kene pkir banyak perkare.rumah sewa??pengangkutan??laen la klu de saudare mare kt sane.bleh jgk menumpang buat sementara waktu..huhh..

Nanti dah sampai UUM nak kene confermkan dgn pihak UIL atleast 2 minggu after sementer baru bukak.resume is on de way.sedang dalam pembikinan..hehe..tengok my CV kat portal td.ehem..banyak jgk program yang saye penah join..Alhamdullilah..sepanjang berada di UUM ni banyak jgk saya timba pengalaman.Walaupun hanya seberapa tapi cukup lah membuatkan saya bergelar sebagai seorang "mahasiswi".but usaha mencari perlu diteruskan..hehe.InsyaAllah..2 weeks left before begin the new semester ni, saya akan settlekan mane yang patut dulu.Klu sempat saya akan hantar letter of confirmation tuh dalam semester break ni jugak.ouhh..gambate!!

Akhir kata..tarbiah buat diri.."kite hanya mampu merencana..Allah yang berkuasa menentukan segalanya".Wallahualam...

Wednesday, December 9, 2009

Berfikir sejenak..

Berfikir..
Apelah yang mampu saya rancangkan untuk diri ?
Minat tak menentukan kejayaan individu..
Dah banyak kali saya lalui ,
Perkara yang tak disukai itulah yang mampu beri kejayaan pada diri..

Berfikir lagi..
Ape yang mampu saya sumbangkan untuk Islam,
kalau usia sebegini Saidina Ali Karimallah' Wajhah menjadi pembela agama,
Saya??
Masih di sini, di alam universiti..
Memerhati,mengikut telunjuk diri..

Saya cita-citakan kehidupan yang diredhai..
Kehidupan yang terbimbing ILAHI,
Hati yang tenang,
Kehidupan yang harmoni,
Tapi tulah..
Hidup adalah sebuah pengembaraan..
Destinasinya cukup jelas jika disandarkan pada sebuah matlamat..
Saya harus bina semua itu..
Saya berpegang pada prinsip bahawa ALLAH tidak akan mengubah nasib saya jika saya sendiri tidak berusaha ke arah tu..

Ya Allah..bantulah hambaMu ini dalam mencari keredhaanMu..

juz recall...

emmm...cuti ni ku buat pe ea??
**recall balik..haha**
1.tolong mak kat umah.. jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak..thank mak...=) ajar anakmu ini memasak..hehe
2.read..read..n read..
3.online..
4.jage anak...anak sedare la..anak sndiri lambat lg kot..=p
5.tgk tvvv..
6.emm...yang plg penting belaja utk memotivasikan diri..ku juga sering berfikir..pe yang akan berlaku pd masa akan datang??tercapaikah impianku??cita-citaku??wallaualam...segalanya ku serah pada Mu ya Allah...

Menghitung Hari....

waa..bile la nk abeh cuti ni..
nak balik u skrg..huhu..
rindu kt kawan2..my romate tersyg...jiran2 ku yg baik hati..
my kolej tercinta...^_~
rindu nak g kelas..libry..nak g jalan2 kt mall..
rindu sangat suasane kt u..huhu..
rindu nk join program..
even bz tp sonok..=)
rindu kt my sweet2 room..
wahh...rindu sume lah...
tip top tip top....

p/s :b4 tido smalam got masage from nik dila..iye..betul la ape yg kamu cakap 2.huhu..miss u too..=)

Saturday, December 5, 2009

Munajat Cinta

Malam ini ku sendiri
Tak ada yang menemani
Seperti malam-malam
Yang sudah-sudah
Hati ini selalu sepi
Tak ada yang menghiasi
Seperti cinta ini
Yang selalu pupus

Tuhan kirimkanlah aku
Kekasih yang baik hati
Yang mencintai aku
Apa adanya

Mawar ini semakin layu
Tak ada yang memiliki
Seperti aku ini
Semakin pupus

:-(
** this song mengambarkan diriku...

****ku juge punyai perasaan..hnye mampu ku katakan hanyalah..BERSERAH..

Thursday, December 3, 2009

Nur kasih...


Asalamualaikum.....

Actually, i have no idea to write something at this moment.but td, baru je abeh bace satu article dari i luv islam about citer nur kasih..sekadar perkongsian...read this...http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2093