? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri~~~

Assalamualaikum...

Tinggal beberapa hari saje lagi ramadhan akan melabuhkan tirai dan Syawal mula menampakkan serinya.Terasa sekejap saje masa berlalu kan.Diharap segala amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan ni diberkati oleh Allah...aminnn..

Sempena bulan barakah dan kemenangan buat umat Islam ini, saye ingin memohon seribu kemaafan buat kawan-kawan sume andai ade sebarang kekhilafan yang telah saya lakukan samada secara sengaja atau tidak.Bak kate azie.."tak yah tekan kalkulator, kira 0-0 je la ek"...hehehe.Sama-sama lah kita memaafkan antara satu sama lain.Akhir kata..Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin...:-)


Moga Ramadhan Diberkati..
Syawal Dirahmati....





Thank a lot my frens...=)

Sunday, September 13, 2009

KeKaL dLm InGaTaN...

Assalamualaikum...

Tak tau la ari ni rase rindu sgt dengan zaman blaja kt matrik dulu.Rase nk putar balik mase, kembali blaja kt matrik.Kawan-kawan sume bes, hepy n baik sume.Ean, ira, wani, diana, aini, qalbi n naz.Boys plk ade im, fat, alip, hasyim, muhaimin, akmal n so on..(maaf ye kawan-kawan kalu x disebut name..=p).Walaupun masing2 mempunyai ragam tersendiri tapi kami tetap hepy.Slalu mkn bersame, outing bersame and paling bes study same2.Rindu sgt zaman tu...:-)

Tapi sekarang sume dah bawak haluan masing-masing.Alhamdullilah...sume berjaya sambung study kt universiti.Teringat lagi kate2 ira kt saye.."nanti kite sambung blaja kt u same ea.Leh kite g klas same2 lagi"..=) Tapi last2 kami tak dapat u same..huhu.Sedeh jgk bile dpikir blk.Tapi nk wat camne dh rezeki masing-masing.Tapi kite still blaja kt utara same2 kan ira..heee~~.Ira pun penah jgk dtg sini.Jarak UUM ngn UNIMAP pun tak jauh.Dalam setengah jam je bleh sampai..

Memory yang paling tak bleh lupe mase celebrate bithday hasyim.Sampai sekarang sye bleh ingat lagi peristiwa 2...hehehe..Camne ye korang bley plan wat game 'true or dare' tu kan..Tapi peristiwa tu lah yang mewarnai hidup saye skrg..:-)Thank God n thank im..:-)InsyaAllah..moge dipermudahkan segalanya..aminn..

Suasane blaja kt u memang tak same dengan blaja kt matrik.Memang la kan..name pun UNIVERSITI..hehe.Kt u sangat mencabar.Banyak dugaan mendatang.Bukan mudah nk berjaya.Tapi perkara tu la yang mematangkan diri kita.Ape2 pun...blaja kt metrik is the bes!Tak bleh lawan dgn blaja kt skolah menengah ke tadika ke or kt u.Kan bes kalu doraeman betul2 wujud kan.Suh die putar balik mase.Kembali zaman matrik.Ahh..jangan mengarut la suha!!..hehehe.Mane de doraemon wujud.Alam fantasi bley la...

Arap suatu ari nanti kite sume dapat berkumpul beramai-ramai..Gud luck tuk sume ye!Smoge kita sume berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan..:-)
>













Tuesday, September 8, 2009

Kene tunda lagi??

Assalamualaikum...

Pagi tadi mase tgh wat discussion kat libry...tiba2 dapat call dari Emy...

Emy: salam kak..Tadi Emy dapat call dari pihak PSB..program sehari bersama PSB kene tunda lagi.Camne ni kak??
Penulis: Ahh??kene postponed lagi.Kang ari 2 diorang dh cakap ok.Xde problem.Camne blah jadi cam2?
Emy :Ntah la kak.Emy pun dah riso ni.Masuk kali ni dah 3 kali kene tunde.T kne jumpe dekan lagi wat surat penundaan.Senang2 kite cancel je la program 2.
Penulis : Jangan give up cam2 Emy..Sabo ye.Mungkin de hikmah pe yang berlaku.T akak jumpe Emy ye.Kite bincang smula..
Emy : Baik la kak..assalamualaikum..
Penulis : Wasalam...

Emm...masuk kali ni dah 3 kali projek sehari bersama Perpustakaan Sultanah Bahiyah tu kene postponed.Suppose ia berlasung time bulan 7 ari tu tapi terpaksa ditangguh coz cuti tergempar H1N1. Nak wat bulan 8 clash ngn program laen plk.Sampaikan pengarah projek yang asal terpaksa letak jawatan sebab tak sanggup nak handle..Tak profesional betul..huhu...:-D ( teringat posting orang tu..hehe). Tibe2 saye terpikir balik..Mungkin pe yang berlaku de hikmahnye.Mybe kalu program tu tak ditangguh, program tu tak berjalan dengan baik.Pe yang berlaku dah ditakdirkan.Pe yang penting sekarang...Wat balik gerak kerja...:)

Next program...

2/10 : Pertemuan Terjalin Ukhwah Terbina (sambutan hari raya bersama anak-anak yatim di Rumah Kebajikan Arau, Perlis)
13/10 : Tautan Mahabbah Siswi

Arap-arap dua program ni berlansung seperti yang dirancang. Jangan la postponed lagi..Dah xde masa dah ni..huhu..Exam pun dh nak dekat..

"Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah..dan yang buruk itu datang dari kekurangan dan kelemahan kita sendiri..Wallahualam..."

Saturday, September 5, 2009

Nothing to say..:-)




Salam...

Slamat berpuasa n selamat hari nuzul Quran..Kt sini tak cuti...huhu..Manfaatkan hari ini sebaik-baiknya..Tingkatkan amalan moge dipermudahkan segala urusan..;-)

Tarikh lahir anda...=)

assalamu’alaikum..

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan.Hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.
Contoh:
8 Januari 1988 ,8 + 1 + 1988 = 1997,1 + 9 + 9 + 7 = 26
2 +6 = 8 (Jadi nombor lahirnya ialah 8)


**it's my number!!..:-)

Keterangan nombor lahir:

1. Ketulenan
* Hadir dengan idea baru.
* Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
* Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
* Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpinatau boss.
* Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
* Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlahsecara terbuka.

2. Pendamai
* Dilahirkan sebagai diplomat.
* Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
* Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
* Mereka tidak suka bersendirian.
* Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
* Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu,mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri(self esteem) dan meluahkan perasaan
* secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria
* Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
* Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
* Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
* Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
* Mereka sangat popular dan idealistik.
* Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konsevatif
* Golongan ini sangat peka dan tradisional.
* Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
* Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
* Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
* Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
* Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
* Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis
* Mereka adalah perintis.
* Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil
* isiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
* Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
* Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
* Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
* Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik
* Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
* Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
* Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
* Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
* Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
* Mereka suka seni musik.
* Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
* Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual
* Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untukmenerima sesuatu perkara dengan mudah.
* Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
* Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
* Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
* Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
* Mereka sangat suka berahsia.
* Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar

8. Penyelesaian (Juz little bit mengambarkan diri saye!!..huhu)
* Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
* Mereka adalah profesional, berterus terang,penilai yang baik dan sangat tegas.
* Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
* Mereka sangat suka mengendalikan manusia.
* Mereka melihat manusia secara objektif.
* Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
* Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain

9. Pelakon
* Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
* Mereka sangat penyayang dan pemurah.
* Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
* Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
* Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
* Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
* Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

p/s: Kita sebagai Islam tidak wajib mempercayainya.Tak ada diterangkan dalam al-Quran.Tapi sekadar isi masa lapang, apa salahnye kita cuba kan..huhu..sekadar perkongsian..=)

Tuesday, September 1, 2009

Akhirnya...:-)

Assalamualaikum...
salam Ramadhan....
salam muhibah..
salam 1 malaysia...

Emm...rase dah lame tak update blog ni.Yela..dh smingu wireles de masalah.Pada mulanye, katenye de virus serang uum punye internet. Tak de security.Then, bile tanye kawan2 kt kolej laen, diorang cakap wireles dh ok.Tapi apasal kolej kami x dpt wireles??

So pagi tadi, saye dengan rase tanggungjawab pergilah ke Pusat Komputer tuk laporkan pasal masalah ni.Kesian jgk kat kawan2.Dengar kate de yang sanggup pergi kolej laen pukul 11 malam semata-mata nak dapatkan internet tuk submit assingment...ish2.Kate universiti pengurusan terbaik..tapi still de masalah dalam pengurusan. Bukan nak mengutuk, tapi merasa kesal atas kejadian yang berlaku..

Tadi, sampai je kt pusat komputer, saye terus jumpa dengan pengawai pelanggan tuk wat aduan. Then, akak yang tengah bertugas tu terus cek kt system.Die cakap wireles kt kolej petronas ok.xde masalah..Then saye cakap knape sampa sekarang still tak dapat. Akak tu pun terus call technician.Tergelak saye dengar diorang becakap.Kate akak tu de seorang MPP datang wat aduan pasal wireles...haha..bile plk la sye jadi MPP.tak layak la kak..huhu.Abeh je akak tu berbual dengar technician tu, saye terus perkenalkan diri.Saye ni wakil JPM kolej.Not MPP. Tergelak akak tu dengar...hehehe.Akak tu ckp nanti pihak technician akak g check sndiri pasal maslah tu kt kolej.

Alhamdullilah...sekarang wireles dah ok.Trime kasih kt Pusat Komputer coz mengambil berat masalah kami.So, sekarang sume masalah dh selesai. Student pun xkan merungut lagi. Dalam meting pun xkan bangkit lagi isu pasal wireles ni..Harap sume dpt menggunakan kemudahan dengan sebaiknye...;-)Wasalam..