? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, May 29, 2009

Arwah Nurul Ain Mohd Zangi...

Salam ukwah untuk semua...

Tak tau la ari ni rindu sangat kt Ain.Masuk ari ni dh 3 bulan lebih Ain pergi meninggalkan kita semua.Die pergi akibat sakit buah pinggang.Tanggal 15/2/2009 tepat jam 10pm arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Arau, Perlis.Arwah Ain ni merupakan sahabat baik saye kt kolej dan merangkap jiran sebelah yang paling baik.Dan Ain ni jgk la yang start panggil saye 'bonda'..hehehe(pecah rahsia).Hinggakan hampir semua bdk2 kolej terikut-ikut panggil bonda.=p..Die kate saye ni caring n ade ciri-ciri keibuan..aa..yeke??

Sedeh sangat apbila saye x dapat berade di sisi Ain ketika die dalam keadaan tenat.Malam 2 mmg saye teringin sangat nk p hospital jumpa Ain.Tp disebabkan saye terlibat dengan rehacel perarakan untuk program kolej, maka x ley nk g.Dalam hati memang rase dh x sedap.Kawan2 lain dh pegi mlawat Ain sejak petang 2.Ingat nk p ptg petang 2 ngn kawan2 lain tapi terlibat dengan seminar pulak.then. tepat pukul 10 mlm...saye dpt berite dari romate die ckp Ain dh xde..Rase berderau darah bile dgr je brite 2.Menangis sampai x tau nk kate pe.Nseb baik de kawan tolong tenangkan.

Then, bile dgr je brite 2..pihak kolej buat pengumuman.Pengetua kami juga suh sediakan pengangkutan tuk student lain mlawat arwah kt hospital.Sebagai penghormatan terakhir.Hampir 20 buah kereta jgk p sane.Saye plk naek kete ngn kak Miza ngn kawan-kawan lain.Sepanjang perjalanan p sane, kami semua diam.Mungkin rase sedih n masih terkejut dgn berite td...sampai je kt sane, saye terus p bilik jenazah.Saye sampat mencium dahi jenazah yang terbujur kaku.Kami amati wajah arwah.Die nampak tenang dan wajahnye seakan-akan tersenyum..

Then,tepat pkul 2 pagi, jenazah dibawa pulang ke Pusat Islam,UUM untuk dimandikan dan dikafankan.Sebelum 2, TNC kami,Dato' Mohd Faiz bgtau bahawa sebuah bas akan disediakan kepada pelajar untuk mengiringi jenazah pulang ke Kelantan.Saye pun x ketinggalan menghantar arwah pulang. Memang mlm 2 kami semua x tido.Sampai je kolej, terus mandi dan bersiap2 ke Pusat Islam.Saye juga sempat mlihat jenazah dimandikan dan dikafankan.Terdetik juga rase insaf dalam diri ni.Semua urusan dikendalikan oleh Pusat Islam.Tepat pukul 5 pagi, setelah selesai solat jenazahah, arwah dibawa ke dalam van jenazah untuk dibawa pulang ke kampungnye sambil diiringi oleh kami..Alhamdullilah, proses pengebumian berjalan dengan baik.

Teringat kenangan bersama arwah.aDie sangat baik.kadang-kadang kalu die xde rase mcm sunyi je kt prs kitorg 2.Dan kenangan paling bes ketika kami same2 menyambut bithday saye ari 2.Arwah la yang sponsor kek dan KFC tuk saye.Teringat lg die de gtau ktorg time sem 3 ari 2.Nk blaje ktorg KFC.Kami punye la tunggu bile la Ain nk blanje ni.Last2 die buat sprise time bithday saye.Trharu sangat.Sedey jgk coz x sempat balas budi baik Ain.Dan ari ni...kami masih lagi merindui Ain.Teringat lagi time pergi umah die minggu lpas, jumpa ngn ibu die yang kami panggil 'ma'.Tabah betul tgk wanita ni.Seorang ibu tunggal yang telah kehilangan suami dan 2 orang anaknye.Ma redha dan pasrah dengan ketentuan hidup.Kini, ma tinggal bersame 2 anaknye yang lain yang masih lagi belajar di tingkatan 4 dan darjah 5.Sebelum pulang ari 2, ma sempat bagi bju kurung arwah dan tshirt kat kami.Sebagai tande kenangan...

Itu lah kehidupan..yang hidup pasti akan pergi.Awal atau lambat cume mase saje je yang menetukan.Ape yang penting..di dunia ni kite hendaklah bersedia slengkapnye untuk menuju ke alam abadi kelak..Semoga roh Ain selamat di sana dan ditempatkan bersame para solihin...




Wajah Ain ketika sakit..Tenang dan tabah..

Tuesday, May 26, 2009

Buku 'Buatmu Wanita'...

Emm..cuti ni saye banyak menghabiskan masa membaca buku kt umah.N the latest book yang saya bace adalah buku 'Buatmu Wanita'. Karangan Suzzana Ghazali..dia ni peguam syarie + perunding motivasi keluarga..So interesting.Sgt sesuai utk wanita atau laki..Utk wanita yg belum, akan, dah kawen..sebab byk hak2 wanita kita perlu tau..dan apa relevannya hukum undang2 keluarga Islam pada kita..Kepada lelaki..perlu tau apa hak wanita yg patut ditunaikan..=p
Ni cover buku tu..


Sunday, May 24, 2009

Itulah hakikat...

Berusahalah Menjadi Yang Soleh @ Solehah Sebelum Kita Berjumpa Yang Soleh @ solehah

“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.
“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.
Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?
Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?
Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.
Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?
Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!
Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.
Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.
Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.
Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.



**Oleh itu jadilah yang terbaik untuk diri sendiri selain ingin menjadikan orang lain sebagai yang terbaik untuk diri kita. Belajarlah menjadi sifat orang yang kita ingini. Kelak kita sebenarnya yang akan dicari. Bukan kita yang mencari.

Saturday, May 23, 2009

Majlis Solat Hajat...

Asalamualaikum...

Rase cam dah lame tak post something kt blog ni.Bukan x de mase cume kadang-kadang mood nk mnulis tu xde.Even duk kt umah ni banyak je mase kan..:-)

Emm..hari ni sye nk post pasal majlis solat hajat yang telah diadakan pada hari Khamis malam Jumaat hari 2 kt umah baru kak Ida (Taman Tok Adis,Kuala Ibai).Kalau kt Terengganu ni kami panggil "majlis naik rumah".Negeri luar tak tau la panggil pe kan.Besenya oang buat majlis ni adalah untuk dapat kberkatan.X kan la nak duk umah baru cam 2 je kan. Mestilah buat solat hajat skit.Ambik berkat dan sebagai tanda kesyukuran.Selesai solat hajat, majlis diserikan dengan bacaan tahlil dan doa selamat.Alhamdullilah..majlis berjalan dengan baik.Ramai jgk tetamu yang datang.Penduduk kt kwasan prumahan 2 pun de jgk yang datang.Bagus la diorang ni .De smangat kejiranan.Para tetamu juga dihidangkan dengan juadah nasi minyak.Time kasih kepada semua yang hadir.Semoga majlis ini mendapat keberkatan dari Allah...ameen...:p

ok lah...Last but not least,nk share gambar suasane hari 2...










Bacaan tahlil...=)










Ni la umah baru Kak Ida ngn Abd Kimi..Even simple tapi die bersyukur sangat.Smoga rumah tangga mereka bahagia selamanya...;p











Ni saye tgh pgang adik Haziq.Anak kak Ida.Mama die tgh sibuk time ni..So, ambik alih jdi mama smentara jap..=)
















Ngan adik...







Tak muat kt atas, mkn kt bawah....







Wednesday, May 20, 2009

:-)

wanna 2 say..
i feel so hepy today..
gigi dah tak sakit...=)
so...lepas ni bley la ngn tido lena...

Iktibar dari Sang Semut...

Salam ukhwah buat semua...

hari ini nk kongsi dengan kawan-kawan semua mengenai pe saya bace tadi.Tentang semut..!!Semoga kita mendapat iktibar dan teladan darinya..:-)

Cuba kite perhatikan sang semut, serangga bertubuh kecil yang sentiasa hidup berkumpulan yang bersatu padu.Mereka juga mempunyai sifat rajin dan berdedikasi. Baiklah..sifat ini sangat menarik untuk dikaji dan diteliti.Perhatikan ketika sang semut mencari makanan, si kenit ini ini begitu tekun, gigih malah cukup tabah meneroka kawasan yang ada sumber makanan!

Justeru itu, memandangkan manusia yang diberikan akal, tubuh badan yang sihat, serta fizikal yang cergas, mengapa kita tidak mengambil iktibar daripada sang semut ini?Emm..itulah realiti manusia.Mahu mendapat sesuatu dengan mudah tanpa berusaha dengan gigih!Ingatlah...Allah mengurniakan sesuatu itu berdasarkan kesungguhan seseorang.Kalu tak berusaha, camne nk dapat kan!

Allah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil tekun dan berdedikasi.Orang yang hebat dan berjaya cemerlang memang selalu fokus sama seperti semut yang selalu bersungguh-sungguh dalam usaha mereka.

Ini bertepatan dngan firman Allah yang bermaksud,
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya."

So, buat peringatan untuk kawan-kawan dan diri saye sndiri.Jadilah mcm semut.Gigih dan rajin berusaha.Ingatlah...sesuatu tu tak akan datang bergolek kalau kita x berusaha nak dapatkanya..=)

**Dipetik dari majalah NUR keluaran Mei 2009...

Sunday, May 17, 2009

Virus H1N1

Dunia sekarang sedang digemparkan dengan satu jangkitan virus yang dikenali virus H1N1. Virus selesema khinzir yang baru dikesan ini disahkan membunuh berpuluh penduduk di Mexico sehingga memaksa pihak berkuasa negara itu menutup sekolah, muzium, perpustakaan dan teater! Keadaan ini telah mencetuskan kebimbangan penularan wabak itu ke seluruh dunia. Kebimbangan terhadap virus tersebut yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia tidak pernah dikesan penyelidik sebelum ini turut menjangkiti sekurang-kurangnya lapan penduduk di Texas dan California, namun belum ada kematian dicatatkan di negara itu.

Setakat ini, wabak baru selesema babi di Mexico telah meragut 68 nyawa dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata sesetengah kematian itu disahkan disebabkan oleh virus H1N1 yang tidak pernah dikesan sebelum ini yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia. Laporan terbaru agensi berita asing menyebut bahawa selesema babi itu telah menular ke Amerika Syarikat dan WHO bimbang ia mungkin merebak ke seluruh dunia.

Tanda-tanda selesema, adalah menyamai dengan selesema biasa dengan demam, batuk, hidung berair dan lenguh anggota badan. Selesema terbaru itu dikatakan lebih mudarat berbanding sebelum ini kerana ia menggabungkan virus burung, manusia dan babi.Para pakar berkata setakat ini tidak terdapat vaksin bagi selesema terbaru itu. Bagaimanapun, mereka menasihatkan bahawa langkah terbaik adalah memastikan tangan sentiasa dibersihkan bagi mengelak jangkitan...=p











Rajah menunjukkan proses dimana virus H1N1 merebak...=)

~SeLaMaT HaRi GuRu...~

Assalamualaikum...

Entry ini ditujukan khas untuk guru-guru yang pernah mengajar saye sejak di bangku sekolah dulu.Jasamu x pernah ku lupa hingga ke akhir hayat.Terima kasih kerana mengajar dan mendidikku sehingga menjadi diriku sekarang.Maaf segale salah silapku dulu..Segale tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan akan ku kenang sampai bila2.Rase terharu ni...huhu

untuk cikgu kt sekolah rendah dulu...
:cg. Normah:
:cg. Norhazlina:
:cg. Rosli:
:Ust. Ismail:
n...tuk semua cikgu yang mengajar di Sek. Keb. Telok Pasu(^_~)
untuk cikgu kat sekolah menengah pulak...
:Uszh Raja Zafiah:
:Ustzh Shamsiah:
:Ustzh Norlia:
:Ustzh Syarifah:
:Cg. Manzul:
:Cg. Mariana:
:Cg. Rosli:
:Cg. Maziah:
:Madam Tan Siew Ling:
:Cg. Fatimah:
n...tuk semua cikgu yang mengajar di Sek.Men.Keb.Manir =p
n tak lupa juga for my beloved sister...kak Ida, yang mengajar di SMAASZA n buat kak Ain( my sis-in-law) yang mngajar di Sek. Keb. Kapar,Klang..epy teacher's day ya!!
**jom kita pakat nyanyi lagu Kami Guru Malaysia ramai2!!...nk lagi bes nyanyi versi remix (kami guru Malaysia+kami murid Malaysia...=p)


Dalam Hidup Ini
(buat seorang pendidik)

Aku tidak akan tersesat
meraba lorong-lorong
aku jarang bertanyakan
mulanya sebuah perjalanan itu
pada hari-hari yang berlalu
Dan aku sebenarnya adalah pengembara letih
menunggu entah bila akan sampal
ke terminal bernama tenteram
mencarinya bagal meredah lorong semak
setiap detik ketika dibalut doa-doa
bergantungan di tiang Arasy, dan...aku
semakin jauh menapak mentarl luruh
sering sahaja termangu sudahnya
mendekati suatu pendakian.

Wednesday, May 13, 2009

kebosanan~~~

emm...agak bosan sangat sekarang...
rase mcm x sabar nak abeskan cuti...
nak balik u...huhuhu..
kat sane macam2 bley buat...
as my fren say...home is where all laziness starts
tapi kt umah sye xde la malas sgt pun...hahaha
tapi skrg tak tau dh nak watpe!!!....

Monday, May 11, 2009

When u says...

WheN u Says Its ImpoSsibLe..
Allah SayS All ThingS ArE PosSiblE..
WheN u Says I CanT MaNaGe..
Allah SayS I WiL SuPpLy All Ur NeEds..
WheN u Says I CanT Go On..
Allah SayS My GrAcE Is SuFfIciEnT..
WheN u Says I CanT FiGuRe ThinGs OuT..
Allah SayS I WiL DireCt Ur StepS..
WheN u Says I CanT Do It..
Allah SayS U CaN Do All ThinGs..
WheN u Says Im NoT AbLe..
Allah SayS Im AbLe..
WheN u Says Im AfRaiD..
Allah SayS I HavE NoT GivEn u A SpiRiT oF FeaR..
WheN u Says Im OweZ woRieD n FruStaTed..
Allah SayS CaSt All Ur CarEs On Me..
When U SayS I CanT 4GiV MySelF..
Allah SayS I 4GiV u...
WheN u SayS NoBodY ReallY LovEs me..
Allah SayS I LUV u..
WheN u SayS I DonT Hav EnouGh FaiTh..
Allah SayS I hAv GiveN EvRy1 A meAsuRE of FAITH...
ALLAH IS ENOUGH FOR US!!!!
**Whatever u do...ingat la pada Allah...
Yakin la padaNya...
Kasih sayang Allah pada hambaNya tak pernah hilang...
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih..Maha Penyayang...=p

Sunday, May 10, 2009

My dearest ikwan...


Ahmad Haritz Ikwan bin Ahmad Hakimi...=)
My dearest ikwan...
semalam kamu menangis lagi...
asik berlari2 dan jatuh...
mungkin salah mak sedaramu ini...
tidak menjaga kamu dengan baik...
maaf dariku...
jangan degil ye sayang...
ikwan jangan nakal...
dengar cakap mama,abah...
besar nanti jadi anak yang baek ye...=)

air tanganku...=)

Emm...tengahari ni telah terbuat kerabu mangga...hahaha
sedap...
berjaya2!!!...
besh2...dh pandai masak...
practise 4 my future..
t senangla suami balik keje mau makan tengahari...:-)

Saturday, May 9, 2009

Pe nak buat ari ni ea...

Salam untuk semua..

**Bangun pagi tadi, suppose nk kuar beli barang ngn kak Ida..then, mok tak bagi coz suh jaga Haziq...emm2~~~(sedey jgk tapi kene ikhlaskan hati jge baby comey ni...)Then..kak Ida p la ngn adik n anak manje dia sekali.. bwk Ikwan mucuk2~~~

**Tengahari plk tolong mok ajar iqra' n muqaddam kt budak2 kampung ni.(jage korang sume!!..tok guru mu yang garang ni telah kembali...).Nakal2 nanti kene rotan..!!

**Petang ni abg rshad n kak suzi nk dtg umah..diorang baru blik dari Indonesia.Katanya de beli blous n souvenir tuk adik-adik die kt umah ni..Emm..since balik dari u ari 2 x jumpe2 lagi kak suzi(my sis-in-law).T jumpe die nk tanye about novel baru..:).Kak suzi memang suke baca novel.So, bley la saya tumpang sekaki(asik tumpang kesenangan orang je!...hahaha).X payah beli.Pinjam yang kak suzi punya je..Thank kak..:)

**Petang ni jgk ingat nk kuar p somewhere.Pegi pantai la...Ngn adik n abg amir.Teringin sgt nk pegi sejak balik dari u ari 2...Hope ptg ni dpt pegi.Minum abc n mkn sotong goreng kt kedai yang kitorang selalu singgah...besh2~~

**Tonight, ingat nk habiskan baca buku yang bwk balik ari 2 sambil tgk tv.Tapi kadang-kadang mata ni cepat sangat mengantuk.Hope dpt habiskan bace buku-buku 2 mlm ni jgk..:p

p/s: Bak kata orang 2...kita hanya mampu merancang...Tuhan yang kan menetukan segalanya.So, rancang lah hidup anda, pastikan setiap saat diisi ngn bende paedah supaye syaitan tak membisikkn kat telinga anda buat bende jahat bile ade mase free. Satu lagi past PLAN make sure laksanakan..anda buat PLAN mcm mne pon kalau tak buat..watpe..penat je pikir...(sory...saye copy n paste je pesanan awak ni...~~~)

nak share something...

Bangun pagi tadi, sempat lagi membelek sebuah novel karya Habiburrahman El Shirazy...
Then, terbacalah...satu petikan ni...
"True love come only once...
and I will bring it untill die..."
**dipetik dari novel Pudarnya Pesona Cleopatra bertajuk Setitis Embun Cinta Niyala...
p/s: hargailah cinta...anugerah Ilahi

Friday, May 8, 2009

SeLaMaT HaRi iBu...~~~

Salam sejahtera semua...

Emm..entry ni saya tujukan khas untuk ibu saya yang tercinta...Rokiah bt Salleh...yang saya panggil 'mok'.Pe yang kite tau, bulan 5 merupakan bulan untuk meraikan hari ibu.So, di kesempatan ini saya nk wish selamat hari ibu untuk ibu saya yang tercinta.Jasamu kan ku kenang sampai bila2...maaf jika anakmu ini selalu menyusahkan mu.Akan ku pahat namamu diingatanku selalu....Sayang mok...=)















Mok ngan ayoh...yang banyak berkorban untuk kami adik-beradik...akan ku balas jasamu suatu hari nanti...ameen..=)



Doa rahmat untuk ibu dan ayah...

"Wahai Tuhanku!Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang mendidik dan memeliharaku sejak kecil."

sakit lagi...

assalamualaikum...
cmne ari ni sihat??or still sakit cam sye rase skrg.Biasalah...hidup ni mcm2 ujian yang Allah bagi.Kalu bukan dugaan sakit pun dugaan dalam bentuk lain kan.Kita semua mane tau.Itu semua kerja Allah..Sebagai seorang hamba, kita hendaklah sentiasa bersedia dengan dugaan yang Allah bagi.Sebenarnya, dugaan yang datang ni ada hikmahnya.Nak suruh kita supaya sentiasa ingat pada Pencipta kita yang abadi.Manusia kan.Mudah alpa.Bila senang lupa Allah.Bila ditimpa kesusahan baru ingat pada Allah.Wallahualam...Emm...actually pagi td baru p klinik setelah 2 bulan sakit kaki ni. Alergi. Ingat sakit bese2 je.Still boleh jalan p klas time kt u ari 2. Tapi lame2 makin teruk.Tapi saya x bgtau kt family kt kg.Takut diorang risau.Kawan2 sume tau. Diorang suh p klinik takut de jangkitan pe2.Tapi x g pun..Saya bley bertahan lagi.Ingat nak p Specialist klinik kt ganu 2 je.Bagus.Saya slalu pergi kt c2 when de masalah.Service pun baek.Thank a lot my fren coz always give support 2 me..Ida..nik..sumaiyah..nora..piya..sayang korang sume.N x lupe kt teman nun jauh di sana...=). Even saya juz bgtau gitu2 je..sory, x nak susahkan awak.
N de last...sampai je umah smalam mak tanye(pulang dari uum..4 final-sem break)..."knape ngan kaki 2?nampak teruk je.."saye pun cakapla.."sakit bese2 je.Letak ubat nnt baikla...".Ayah yang de jgk time 2 marah.Suh p klinik."Dah mengelupas dah kulit tu.Nak suh makin teruk!"..kata ayah.Saya tanpa sebarang bantahan..terpaksa lah ikut kata ayah..so, pagi tadi pergilah klinik Perubatan Lee, dekat Taman Syahbandar dengan ayah n adik.Naseb baek kami pegi awal.Sekejap je tunggu.Doktor bagi ubat anti-fungal, vitamin n ubat sapu. Aaa..suha!...lepas ni rajin2 la makin ubat ye!...huhuhu.Saya ni memang susah skit nak makan ubat.Tapi kalu bagi kek or ais-krim cepat je abeh...Rase x cukup...hahaha.Tapi memang la kan.Yang pahit 2 kan penawar.So, terpaksalah makan ubat sampai abeh. Baru cepat baik....=)Arap2 sakit ni boleh sembuh cepat.Terima kasih ya Allah...untuk dugaan ini.Semoga aku sentiasa berada dalam lindungan-Mu...Amin..=)

Thursday, May 7, 2009

Dah sampai seru~~

salam ukwah untuk semua...
Dh sampai seru?? Pe maknanya ea..ah kawin??..one fine day..I'Allah...=).Actually dh sampai seru ni maknanya dh datang mood saya nak create blog ni. Sebenarnya dah lama niat nak create blog sendiri tapi bile difikir balik takut nanti pe yang ditulis tidak mengambarkan diri saya yang sebenar.Saya takut dengan bayang-bayang sendiri!Nanti bila orang bace orang akan judge kita baik or buruk.Pernah tak anda rase begitu bila anda baca blog orang lain??Mesti anda dapat gambarkan camne ciri-ciri orang tu bila anda bace blog diorang kan??So, saya akan cuba menulis pe yang hadir dalam diri saya.Pe yang saya rasa kan saye luahkan dalam blog yang tak seberapa ini.Sometime, de perkara kita bley citer kt kawan2...n sometime, bile kite rase sesuatu tu tak perlu dishare n perlu diabadikan dalam diary idup...tulis la kt blog!!InsyaAllah...saye kan selalu update blog ni bile de mase even next sem agak bz ngan aktiviti kolej n mulai sem depan saya dah berada di tahun akhir..:) So nk kne setlekan banyak perkara.By de way...welcome 2 dunia bloger n sudi2 la visit kat blog ni selalu... ;-)