? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, October 23, 2009

~Cantiknya Seorang Wanita~

Cantiknya seorang wanita itu,
sebagai gadis...
bukan kerana merah kilau lipstik
pada bibir mekar senyum kosmetik

Cantiknya seorang wanita itu,
sebagai remaja...
tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah

Cantiknya seorang wanita itu,
sebagai Hawa...
tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam

Cantiknya seorang wanita itu,
sebagai anak...
tidak menjerat diri pada kedurhakaan.

Cantiknya seorang wanita itu,
sebagai isteri...
merempuh badai di sisi suami

Cantiknya seorang wanita itu,
sebagai menantu...
menjauhi persekongkolan ipar lamai

Cantiknya seorang wanita itu,
sebagai ibu...
membuai anak, kala suami menjalin mimpi

Cantiknya seorang wanita itu,
sebagai mentua...
telus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu,
sebagai nenek...
menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit

Cantiknya seorang wanita itu,
sebagai warganegara...
peka membela nasib dan maruah negara

Cantiknya seorang wanita itu,
sebagai warga tua...
menghitung hari dengan selembar mashaf

Cantiknya seorang wanita itu,
sebagai intelektualis...
menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya seorang wanita itu,
sebagai akidah solehah...
mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah...

*Puisi yang telah dibaca oleh Audy time program 'Tautan Mahabbah Siswi' ari 2.

Bergetar hati ini tatkala mendengar puisi yang dibaca..
Syukur ya Allah..menjadikan aku seorang wanita yang inginkan kemuliaan di sisiMu.
Wanita yang menjadi harapan ibu dan ayah. Dan yang paling istimewa menjadi wanita yang mampu meniup api perjuangan suami tatkala si suami yang dicintai memerlukan semangat dalam melalui liku-liku kehidupan...:-)

Saturday, October 3, 2009

Dah selesai semuanya...:-)

Assalamaualaikum..

Dan salam Aidilfitri buat semua (mood syawal masih terase...hehehe).Rasanye, sudah lama saya tak update blog ni.Disebabkan oleh kekangan masa dengan aktiviti kolej(sibuk uruskan perlantikan JPM baru sem depan) dan nak siapkan assingment yang makin bertambah-tambah pulak dekat-dekat nak exam ni...huhuhu.

Rase hepy sangat ari ni coz banyak perkara dah setle..


1)Abeh kelas Kaedah Penyelidikan tadi, terus g Fakulti Bahasa Jumpa En. Suwardi.Alhamdullilah..berjaya jugak add bahasa Arab tuk sem depan.Dah 3 taun tinggal bahasa Arab ni.Tak sabar rasenye nak belaja smule...;-)

2)Then, singgah libry jap jumpe Kamarol.Bagi balik duit Forum hari tu yang baru je dapat claim(risau jugak pegang duit orang lame2 ni).

3)After that, masuk libry jap cari buku pasal Pentadbiran Awam Jerman..Alhamdullilah..dapat jugak akhirnya.Now, dah boleh buat assingment En Amir Hamzah...;p

4)Kuor je dari libry terus g Pusat Islam.Time tuk mengajar Titas pulak.InsyaAllah...ni kelas last.Seronok adik2 dapat tahu ni klas last ea..xpe2..t tibe2 akak buat klas lagi..Baru padam muke korang..haha

5)Abeh klas terus balik kolej.Singgah opis jap.Amek surat kelulusan program 'Tautan Mahabbah Siswi'(projek last BHES...Semoga semuanya berjalan lancar).

6)Balik bilik rehat2 jap..jap g nk g jumpe Mak Ngah deal pasal makanan tuk Fire Drill(emm??de fire drill?..haha.siap sedia sume.fire drill kan datang tak lame lagi..huhu)


*Alhamdullilah...Thank God tuk ari ni..;-)