? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, August 25, 2009

Buku scrap merdeka...=)





















salam..



Akhirnye siap jgk buku scrap merdeka ni.Sebenarnye...Kak nurul (staf ofis) mintak tolong saye buat buku scrap ni tuk display kt ofis sempena 'Minggu Ceria Merdeka'. Naseb baek azie ngn fara tolong.Arapkan saye sorang memang tak siap la buku scrap ni..Maklumla..orang tak kreatif...huhu...Now syukur...dh siap n dah bley tido lena..heheee.Esok dh bley letak kt opis..:-)


Saturday, August 22, 2009

Ahad yang penuh ceria..=)

Emm..selepas sminggu bercuti mid sem, ari ni dah mule klas smule...=) Bosan jgk cuti ari 2 coz tak dapat balik kampung...huhuhu..Harge tiket dah naek.So, tau-tau je la.Tambang blk ganu dah la mahal.Jadi mak suh stay je kat sni..Balik dekat nak raye nanti..huhu..Pe2pun ari ni penuh semangat nak g klas..Ni gmbo sye smpat ambik sepanjang ari ni..:-)



Ondeway nak g Pusat Islam td...singgah kt libry jap..
Then...kuor dari libry...trus g Pusat Islam..Time ngajo Tutorial Titas plk...=)emm...sronok mengajar korang sume..=p

Ramadhan datang lagi..=)

Assalamualaikum....

Ramadan yang ditunggu2 datang lagi..Diharap kita semua dapat menjalani ibadah puase ini dengan sebaiknya.Diharap ramadhan kali ini dapat memberi seribu keberkatan dan keinsafan buat kita semua...=)

Emm...teringat pulak saye pesanan En. Sabarani time dalam kelas tadi.Die kate puasa ni bukan sekadar menahan lapar dan dahage je.Kalu tak, sia-sia je kite berpuasa.Tapi kite cube untuk bertakwa dan berubah untuk menjadi yang lebih baik.Pesananye lagi...jangan la time bulan pose ni je berubah jadi baik.Biar lah ia berkekalan selama-lamanya...Lakukan seberapa banyak kebaikan selagi pelulang dan ruang masih ada..Selamat menjalani ibadah puasa...wasalam

Tuesday, August 18, 2009

Mengapa Kau Berfikir Begitu??

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia....Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih....Allah SWT sudah menghitung air matamu.

Ketika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berjalan begitu saja...Allah SWT sedang menunggu bersamamu.

Ketika kau berfikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...Allah SWT sudah punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...Allah SWT dapat menenangkanmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk mengingatimu...Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang...Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas...Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.

Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan. ....Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapanAllah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapsyukur....Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.. ..Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digapai....Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

***Ingat dimanapun kau berada dan kemanapun kau pergi...Allah SWT sentiasa bersamamu.;-)

Sunday, August 16, 2009

Sekitar majlis forum perdana

Alamdullilah...

Hari Selasa lalu, selesai sudah majlis forum perdana 'cinta di langit kasih di bumi' anjuran Biro Hal Ehwal Siswi dengan kerjasama Biro Kerohanian kolej. Saye sbg penyelaras ingin mngucapkan tahniah kpd pengarah projek,sdr mohd noor kamarol dan AJK pelaksana yang lain atas komitmen yang dberikan dalam mnjayakan program tersebut.Even pada awalnya, sedikit masalah berlaku iaitu masalah sound sistem n penceramah datang agk lewat. Tapi atas inisiatif yang diambil oleh AJK pelaksana, masalah tersebut dapat diatasi.Jadikan kesilapan sebagai panduan di masa akan datang.Tahniah sekali lagi buat semua...

Program tersebut dikendali oleh 2 orang penceramah dan seorang moderator.Sambutan yang diberikan amat menggalakkan daripada pelajar.Topik yang dibincangkan malam itu pun sangat menarik sehingga pelajar berasa tidak bosan mendengarnya ditambah pula lawak jenaka yang diselitkan oleh penceramah membuatkan pelajar ketawa tak kering gusi.Pada dasarnya, program ini diadakan untuk menyampaikan pengisian yang bermanfaat untuk diberikan kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang pentingnya menghargai cinta yang dikurniakan oleh Allah berpandukan al-Quran dan sunnah. Ini kerana kehidupan yang dilalui akan lebih bermakna sekiranya cinta tersebut diberkati dan dipenuhi dengan sifat kasih sayang, harmoni dan dilengkapi dengan perasaan cinta mencintai terutamanya kepada ALLAH s.w.t., para Rasul, kedua ibu bapa serta sesama seluruh umat Islam di dunia ini.

Semoga dengan pelaksanaan program ini akan memberikan ilmu yang sangat bermanfaat kepada mahasiswa dan mahasiswi dalam mengharungi kehidupan modal insan supaya mampu menghasilkan insan yang berilmu, bersahsiah tinggi, bertanggungjawab dan cemerlang dalam menghadapi dunia yang mendatang.Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.Akhir kata...wasalam..



















sebelum majlis bermula...petang tu sibuk buat persiapan pentas...



















persiapan akhir...sebelum majlis bermula..

















ketika majlis berlansung....

















bersama sahabat seperjuangan..kak ayu dan balqis

Friday, August 14, 2009

Buatmu...bakal suamiku

Assalammualaikum wrt wbt..

Buatmu,

Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal isterimu...

dipetik dari :i luvislam.com..sekadar perkongsian...

Ya Allah....sekiranya dia baik untukku, agamaku, duniaku dan akhiratku, maka tentukannya untukku dan permudahkanlah untuk kami...

Sunday, August 9, 2009

Jangan ketinggalan....=)

FORUM PERDANA "CINTA DI LANGIT KASIH DI BUMI"
apa lagi??
jom meriahkannya...
hayati diskusi dan kupasan tajuk dari ahli panel yang terkenal dan berpengalaman...
fahami konsep cinta yang sebenar...
Cinta yang berlandaskan Al-Quran...
supaya diri tak tersasar dari jalan yang diRedhaiNya...=)

Saturday, August 8, 2009

Istimewanya wanita..

Mengapa WANITA sangat Istimewa......

Umi dan abah sedang menonton TV, seraya umi berkata. "..saya letih la..dah lewat ni, saya nak tido lah...."umi pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulaklipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap.. susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena samba masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nant malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle... baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik,abah tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuhbotol jap...ok settle...

Then, ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle... Tetiba dengar suara abah..."..awak buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."..yelah nak tido la ni..nak smayang.."jap... masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatmentcream...nak maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu... bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju abah, baju abah pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi,dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantungelok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar abah yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

Dgr suara abah lagi..."..saya dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk kebilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 haritak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar.. ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyaknya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams... aaahh...sedapnya dapat baring,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...abah pun bangun tutup tv..."...saya dah ngantuk sangat ni...nak tido lah....."...selang seminit ...dengar suara abah berkeruh...dah agak dah....So?....apa yang peliknya..??

**Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...MUNGKIN SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri... Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...(entry ni dipetik dari sumber yang sah...sekadar perkongsian...=)

Tuesday, August 4, 2009

Cuti tak dirancang...=)



sebelum btolak balik ganu...even lebih 10 jam kami tunggu bas...tapi kami tetap ceria...=)



















bosan sgt time 2 kt umah.. telah terambik gmbo view kt blakang umah...



suatu petang yang indah...jalan2 ngn adik kt pantai...














pantai airport under construction..bile la nk siap ni...huhuhu










pantai yang indah...=)















apakah ini?huhuhu..stadium runtuh ari 2..yang harus bertanggungjawab berdiam diri.Sampai bile??janji tinggal janji..inikah budaya masyarakat kita??








and the last....serunding yang sempat goreng 2 hari b4 nk balik uum...hehehe.serunding ni dah dieksport ke selatan...=)