? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, August 16, 2009

Sekitar majlis forum perdana

Alamdullilah...

Hari Selasa lalu, selesai sudah majlis forum perdana 'cinta di langit kasih di bumi' anjuran Biro Hal Ehwal Siswi dengan kerjasama Biro Kerohanian kolej. Saye sbg penyelaras ingin mngucapkan tahniah kpd pengarah projek,sdr mohd noor kamarol dan AJK pelaksana yang lain atas komitmen yang dberikan dalam mnjayakan program tersebut.Even pada awalnya, sedikit masalah berlaku iaitu masalah sound sistem n penceramah datang agk lewat. Tapi atas inisiatif yang diambil oleh AJK pelaksana, masalah tersebut dapat diatasi.Jadikan kesilapan sebagai panduan di masa akan datang.Tahniah sekali lagi buat semua...

Program tersebut dikendali oleh 2 orang penceramah dan seorang moderator.Sambutan yang diberikan amat menggalakkan daripada pelajar.Topik yang dibincangkan malam itu pun sangat menarik sehingga pelajar berasa tidak bosan mendengarnya ditambah pula lawak jenaka yang diselitkan oleh penceramah membuatkan pelajar ketawa tak kering gusi.Pada dasarnya, program ini diadakan untuk menyampaikan pengisian yang bermanfaat untuk diberikan kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang pentingnya menghargai cinta yang dikurniakan oleh Allah berpandukan al-Quran dan sunnah. Ini kerana kehidupan yang dilalui akan lebih bermakna sekiranya cinta tersebut diberkati dan dipenuhi dengan sifat kasih sayang, harmoni dan dilengkapi dengan perasaan cinta mencintai terutamanya kepada ALLAH s.w.t., para Rasul, kedua ibu bapa serta sesama seluruh umat Islam di dunia ini.

Semoga dengan pelaksanaan program ini akan memberikan ilmu yang sangat bermanfaat kepada mahasiswa dan mahasiswi dalam mengharungi kehidupan modal insan supaya mampu menghasilkan insan yang berilmu, bersahsiah tinggi, bertanggungjawab dan cemerlang dalam menghadapi dunia yang mendatang.Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.Akhir kata...wasalam..



















sebelum majlis bermula...petang tu sibuk buat persiapan pentas...



















persiapan akhir...sebelum majlis bermula..

















ketika majlis berlansung....

















bersama sahabat seperjuangan..kak ayu dan balqis

2 comments: