? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, May 30, 2010

Jamak dan Qasar

Alhamdullilah..selepas baca buku ‘Denyut Kasih Medik’ yang ditulis oleh Dr. Farhan Hadi ni, baru saya tau solat jamak tu dilakukan tak semestinya ketika perjalanan jauh saja. Waktu-waktu yang terlalu sibuk pun dibolehkan jamak. Sibuk yang menyebabkan tiada pilihan lain. Contohnya doctor yang sedang melakukan pembedahan. Pe yang kita tau, pembedahan mengambil masa yang lama. Sehinggakan kadang-kadang mengambil masa lima hingga enam jam. Takkan la doctor tu nak tinggalkan pembedahan macam tu je kan. Dah la pesakit tu tengah bertarung nyawa. Jadi untuk memudahkan, ia boleh dijamak. Seperti menjamakkan solat zohor dan asar ke dalam waktu asar. Emm..contoh lain plak katakanlah kita terperangkap dalam jam. Sesak sangat-sangat, berjam-jam, langsung tak boleh lari. Diboleh kan juga untuk jamak.

Jamak ni menghimpunkan dua solat. Qasar pula memendekkan dua solat yang empat rakaat menjadi dua rakaat. Selalunya dalam musafir gabung kedua-duanya sekali, himpun dan pendekkan. Tapi bila dalam kesusahan macam contoh kat atas tuh, ia boleh dijamakkan saja. Tak boleh qasar (**seperti apa yang saya bace dalam buku ni la..kalu kawan2 de nak tambah or perbetulkan..silakan ye..=)

Kalu kawan-kawan nak tau lebih pasal hukum ni..boleh la baca buku Denyut Kasih Medik ni. Bagus sangat. Ia juga menerangkan tentang fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh cinta..sekadar perkongsian..wassalam..

No comments:

Post a Comment