Hari ini kuor saje dari libry tadi, saya sempat singgah di gerai buku sempena karnival jualan keusahawanan di foyer libry.Banyak jugak buku yang dijual dari buku akademik hingga buku islamik yang boleh membina sahsiah diri.Tengah duk pilih2 buku tu, tiba2 saya ternampak buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.Actualy, dh lame saya cari buku ni since ari tu tgk sumaiyah bace.Menarik sangat....Rase cm tak lengkap klu xde.So, saya pun brusaha la cari.Ari ni dh dapat buku 2...=)
Buku ni ditulis oleh Zamri Mohamad dan Imran Yusof.Bahasa yang digunakan oleh pnulis sangat indah dan mudah difahami.Buku ini menyingkap tentang petua2 cinta abadi di alam rumahtangga, tip2 berguna serta amalan doa-doa tertentu...Memang tak nafikan, semua wanita inginkan peribadi seperti Khadijah.Namun, sape la kite.Klu nk dibandingkan dengan Khadijah, isteri kesayangan Rasulullah yang telah Allah janjikan syurga padanya.Wanita yang tabah, dan sanggup memperjuangkan segala hartanya demi Islam.Saya amat kagum dengannya. InsyaAllah...buku ini sedikit sebanyak mengajar kite khususnya wanita dalam menjadi insan yang disinari nikmat kebahagiaan dunia dan akhirat... ;-)
Assalam alaikum,
ReplyDeleteTerima kasih atas kesudian dan kepercayaan yang diberikan. Kami amat menghargainya. Kata-kata cik memberikan kami lebih semangat untuk berkarya dan memberi yang terbaik kepada cik dan para pembaca.
Terima kasih sekali lagi.
ZAMRI MOHAMAD
IMRAN YUSOF