? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, July 24, 2009

Perbandingan pemerintahan Amerika Syarikat dan Taiwan

Tugasan ini dibuat adalah untuk memenuhi syarat 10% markah keseluruhan bagi kertas MGR 3113, Pengurusan Perbandingan. Soalan yang diberikan yang rasanya begitu mencabar dengan diri saya iaitu satu kajian perbandingan sains politik antara dua buah negara yang mempunyai pelbagai bentuk persamaan dan lebih menjurus kepada perbezaan antara keduanya.

Sebagai menjawab soalan pertama “Sila buat satu kajian perbandingan antara sistem pemerintahan kerajaan Amerika dan Taiwan. Apakah persamaan dan perbezaan yang wujud antara dua jenis sistem pemerintahan ini?” . Bukanlah satu perkara yang mudah untuk menerangkan tentang perbandingan pemerintahan kedua-dua negara ini dibandingkan dengan diri yang belum lagi memasuki bidang tersebut sebagai satu kerjaya.

Amerika adalah sebuah negara yang telah merdeka lebih 200 tahun dahulu manakala Taiwan yang baru berusia beberapa dekad tentunya mempunyai pelbagai perbezaan dengan Amerika. Percampuran antara sistem Barat dan Timur bercampuraduk dengan nilai yang ada, ditambah lagi dengan budaya yang mereka miliki dan agama yang dianuti adalah berbeza dengan Amerika yang memiliki Agama Kristian menambahkan lagi perbezaan ini.

Namun apapun yang berbeza dari segi dalaman masyarakatnya negara itu sendiri mempunyai perbezaan dan persamaan dalam hal-hal lahiriah iaitu sistem pemerintahan dan pentadbiran yang begitu kompleks untuk difahami dengan lebih mendalam. Saya sebagai pelajar cuba menghuraikan antara perbandingan kedua-dua negara ini sebagai panduan dan tidak dilupa ialah untuk mendapatkan markah 10% bagi kertas ini...=)

Saya mengucapkan terima kasih kepada Pensyarah saya; Encik Amir Hamzah yang banyak menghuraikan tentang sistem pemerintahan dan Sejarah Amerika Syarikat dalam bilik kuliah. Diharap dengan terhasilnya esei ini akan menambahkan lagi pengetahua kita tentang sejarah Amerika Syarikat (sebuah negara Maju dari tangan rakyatnya sendiri).

No comments:

Post a Comment