? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, December 19, 2009

Untitled...

Assalamualaikum…

Angin sepoi-sepoi bahasa ditemani dengan suasana malam yang sunyi memberi idea kepadaku untuk menulis sedikit sebanyak bagi mengisi blog yang telah lama tidak diupdate ini. Sudah beberapa hari ku membiarkan blog ini. Bukan tiada mood untuk menulis tapi idea untuk menulis tiada. Kalau ada pun kadang-kadang tak terluah. Ku akui diri ini bukan dilahirkan sebagai seorang penulis. Bukan berjiwa penulis. Kadang-kadang ku cemburu dengan novelis-novelis yang menulis novel yang ku baca. Jalan cerita yang mudah difahami dan membuatkan pembaca tidak jemu-jemu membaca untuk mengetahui jalan cerita selanjutnya. Maklumlah, sejak akhir-akhir ini ku banyak manghabiskan masa dengan membaca novel di rumah. Novel yang baru saja selesai ku baca iaitu novel bertajuk “andai itu takdirnya”. Novel yang menceritakan tentang kehidupan sesorang wanita yang terpaksa meniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri, sebagai seorang isteri yang tabah menghadapi keegoan seorang suami, seorang ibu yang terpaksa berkorban demi kebahagiaan anaknya. Wanita yang amat mempertahankan maruah diri dan keluarganya. Wanita yang redha dengan apa yang telah ditakdirkan untuknya. Tersentuh membaca novel ini. Novel yang memberi seribu pengajaran dan keinsafan buat pembaca.

Jari rancak menekan keybod sambil mengimbau kembali detik suka dan duka sepanjang perjalananku bergelar seorang insan. Insan yang telah dianugerahkan buat mak ayah.Tiada apa yang mampu ditulis malam ini. Hanya mengingatkan kembali detik-detik pertama melangkah kaki ke universiti. Pengalaman yang ingin ku kongsi dengan pembaca sekalian. Disaat ini, hampir tiga tahun aku menongkah arus mencari ilmu di bumi UUM yang berada jauh di utara sana. Berada jauh dari keluarga membuatkan aku belajar untuk hidup berdikari. Terasa sekejap masa berlalu. Kini aku telah berada di tahun akhir pengajian. InsyaAllah…bulan 5 nanti aku akan menamatkan pengajianku di peringkat ijazah. Ada rezeki, kalau boleh aku ingin melanjutkan pengajianku di peringkat yag lebih tinggi. Berusahalah selagi ada peluang. Agama juga menuntut kita untuk mencari ilmu. Fardhu kifayah. Bab kata pepatah “tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad”. Biar kita tak kaya harta, asalkan kita kaya ilmu. Harta tak boleh menjamin apa-apa. Tapi jika ilmu penuh di dada. Diri kita akan sentiasa dipandu. Sebagai panduan buat kita dalam apa jua keadaan.

Terasa sedih disaat-saat akhir ingin menamatkan pengajian ini. Jika dulu, aku berasa tak sabar-sabar nak habis pengajian, tapi sekarang rasa sedih nak tingalkan bumi UUM tu. Tempat yang mengajar ku erti hidup. Tempat dimana aku melakar saat suka dan duka. Disana juga aku belajar erti persahabatan. Kawan-kawan yang banyak memberi semangat dan aku juga turut belajar tentang menghargai nilai persahabatan. Disana, kawan-kawan lah tempat aku bergantung. Mereka banyak memberi semangat kepadaku. Teringat lagi semasa di semester tiga, dugaan yang aku terima paling sukar dalam hidup. Masalah peribadi yang meruntuhkan semangatku. Hampir setiap hari aku menitiskan air mata. Sampaikan abang ku yang datang melawat ku menyedari perubahan ku. Jiwa jadi lemah ditambah pula ketika itu musim peperiksaan hampir tiba. Sampai di saat apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi ku pasrah segalanya apa yang berlaku. Hanya Allah saja yang tahu perasaan ku ketika itu. Naseb baik lah kawan-kawan sentiasa berada di sisi memberi kata-kata semangat kepada ku. Maka, dengan kewarasan akal fikiranku, aku berusaha menyelesaikan masalahku dengan sebaiknya. Alhamdullilah dengan semangat dan iltizam yang kuat, semuanya dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Bidang pentadbiran dan pengurusan yang ku belajar di sana memberi peluang padaku untuk mengenali bidang-bidang pentadbiran yang ada di negara-negara di seluruh dunia. Dari Malaysia hinggalah negara dunia ketiga aku cuba dalami. Pada asalnya, aku berasa sedikit terkilan mendapat kursus ini. Ini kerana kursus yang aku dapat ni tidak sama dengan apa yang aku pelajari semasa di metrik dulu. Sampaikan ada kawan-kawan yang bertanya kenapa aku memilih kos ini. Kenapa tak ambil kursus decision sains ke mathematic industry ke. Tapi bila aku berfikir balik, mungkin ini dah rezeki ku. Mana tau peluang pada masa hadapan akan lebih cerah. Di kelas, aku tak delah terkenal sangat. Ada orang cakap aku ni sombong. Penah suatu hari aku bertanya pada seorang kawan. Betul ke saya ni sombong??Kawan cakap “tak ada la. Bila dah kenal ngan suha ni ok je. Low profile orang nya.”ahh?? low profile…hehehe. Terkejut diri ini mendengar. Cume aku ni susah skit nak tegur orang. Bukan tak nak tegur tapi takut orang cakap aku ni mengada-ngada pula. Biar la apa orang nak cakap. Sombong ke apa ke. Yang penting kita pandai jaga diri. Pandai bawa haluan sendiri dan yang paling penting pandai memilih kawan. Jangan pilih kawan yang boleh merosakkan kita. Cari kawan yang boleh membimbing kita.

Alhamdullilah. Semasa berada di kolej aku berpeluang menganggotai jawatankuasa kolej. Hampir satu tahun iaitu selama 2 semester aku diberi kepercayaan untuk berada dibawah organisasi tersebut. Pada mulanya aku sukar untuk menerima tangunggjawab itu. Terasa berat nak pegang tangunggjawab ini memandangkan diri ini tidak mempunyai pengalaman dalam bidang kepimpinan ni. Takut-takut tangungjawab yang diberi tak mampu digalas. Akhirnya degan kata-kata semangat yang diberi olek kak Nurul merangkap mantan exco dulu, aku terasa lebih yakin. Akhirnya, aku menerima amanah yang diberikan. Sepanjang berada di bawah organisasi tersebut, aku telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Exco Biro Hal Ehwal Siswi. Tugasku adalah menyelaras program-program di bawah biro seperti program ceramah, bakti siswa dan sebagainya.Pada mulanya, aku terasa macam tak layak pegang jawatan ni. Yelah...bukan senang nak bimbing orang sedangkan diri ini pun masih lagi terumbang-ambing dan perlukan bimbingan. Namun,dari situ lah aku belajar. Jadi wanita. Baru ku tahu betapa tingginya martabat yang Islam letakkan pada wanita. Wanita…dalam kelembutan ada ketegasan. Wanita yang perlu menjaga maruah diri agar tidak tercemar. Sepanjang tempoh memegang jawatan ini, kak Nurul lah yang banyak memberi tunjuk ajar memandangkan die merupakan mantan exco bagi biro tersebut dan kak Nurul juga lah yang mencadangkan nama ku ketika waktu penamaan calon hari tuh. Thank kak Nurul..kerana memberi kepercayaan dan tunjuk ajar padaku. Dan tika saat ini, tempoh perkhidmatan ku telah berakhir. InsyaAllah..segala pengalaman dan ilmu yang diperolehi akan aku manfaatkan sebaiknya.

Bermula semester depan, rutin harianku telah berubah. Jika dulu, tamat je kelas aku akan ke pejabat membantu staf-staf membuat kerja pentadbiran kolej dan pada malamnya aku akan berkunjung ke bilik aktiviti JPM untuk bermesyuarat atau mengambil surat-surat yang berkaitan, kini tiada lagi tugas sebegitu. Bermula sem depan, aku akan fokus pada pelajaran disamping menguruskan urusan LI ku yang belum lagi selesai. Aku juga akan join aktiviti kolej tapi tak seaktif dulu. Jadi peserta ok jugak kan..tak de lah asik terperuk saja kat bilik..

Ok..setakat ini dulu yang mampu ku coretkan pada malam ini.InsyaAllah..di laen masa akan ku update lagi blog ini. Sekadar perkongsian...Akhir kata…Wasalam…

No comments:

Post a Comment