Setakat ini, wabak baru selesema babi di Mexico telah meragut 68 nyawa dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata sesetengah kematian itu disahkan disebabkan oleh virus H1N1 yang tidak pernah dikesan sebelum ini yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia. Laporan terbaru agensi berita asing menyebut bahawa selesema babi itu telah menular ke Amerika Syarikat dan WHO bimbang ia mungkin merebak ke seluruh dunia.
Tanda-tanda selesema, adalah menyamai dengan selesema biasa dengan demam, batuk, hidung berair dan lenguh anggota badan. Selesema terbaru itu dikatakan lebih mudarat berbanding sebelum ini kerana ia menggabungkan virus burung, manusia dan babi.Para pakar berkata setakat ini tidak terdapat vaksin bagi selesema terbaru itu. Bagaimanapun, mereka menasihatkan bahawa langkah terbaik adalah memastikan tangan sentiasa dibersihkan bagi mengelak jangkitan...=p
Rajah menunjukkan proses dimana virus H1N1 merebak...=)
No comments:
Post a Comment