? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, May 20, 2009

Iktibar dari Sang Semut...

Salam ukhwah buat semua...

hari ini nk kongsi dengan kawan-kawan semua mengenai pe saya bace tadi.Tentang semut..!!Semoga kita mendapat iktibar dan teladan darinya..:-)

Cuba kite perhatikan sang semut, serangga bertubuh kecil yang sentiasa hidup berkumpulan yang bersatu padu.Mereka juga mempunyai sifat rajin dan berdedikasi. Baiklah..sifat ini sangat menarik untuk dikaji dan diteliti.Perhatikan ketika sang semut mencari makanan, si kenit ini ini begitu tekun, gigih malah cukup tabah meneroka kawasan yang ada sumber makanan!

Justeru itu, memandangkan manusia yang diberikan akal, tubuh badan yang sihat, serta fizikal yang cergas, mengapa kita tidak mengambil iktibar daripada sang semut ini?Emm..itulah realiti manusia.Mahu mendapat sesuatu dengan mudah tanpa berusaha dengan gigih!Ingatlah...Allah mengurniakan sesuatu itu berdasarkan kesungguhan seseorang.Kalu tak berusaha, camne nk dapat kan!

Allah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil tekun dan berdedikasi.Orang yang hebat dan berjaya cemerlang memang selalu fokus sama seperti semut yang selalu bersungguh-sungguh dalam usaha mereka.

Ini bertepatan dngan firman Allah yang bermaksud,
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya."

So, buat peringatan untuk kawan-kawan dan diri saye sndiri.Jadilah mcm semut.Gigih dan rajin berusaha.Ingatlah...sesuatu tu tak akan datang bergolek kalau kita x berusaha nak dapatkanya..=)

**Dipetik dari majalah NUR keluaran Mei 2009...

No comments:

Post a Comment